1. Setelah aku menternak kambing selama lebih kurang 5 bulan...keseronokan,kegembiraan,kepahitan,kerisauan semua telah aku lalui...namun aku anggap semua perasaan yang aku alami itu sebagai asam garam dalam bidang ini.
2. Biasanya setelah 5 bulan memulakan penternakan kambing ini mesti akan mendapat hasil (anak) daripada induk-induk yang ada...namun berlainan dengan aku..induk yang ada telah melahirkan anak tetapi sebahagian besar telah mati dan hanya seekor sahaja yang hidup.
3. Setelah mengajukan masalah tersebut kepada JPV dan bertanya rakan-rakan, baru aku dapat tahu sebenarnya masalah tersebut berpunca daripada induk yang kekurangan zat dan mineral.
4. Penjantan yang ada di kandang aku juga tidak mengawan seperti penjantan2 lain..ada kala aku rasa macam nak sembelih je Jantan tu tapi aku masih boleh bersabar.haha
5. Untuk mengatasi masalah tersebut, aku telah membeli seekor Penjantan Unggul berumur lebih kurang 2 tahun di kemaman terengganu. aku mula tertarik dengan penjantan tersebut setelah melihat gambar melalui internet. setelah berbincang dan kena dengan harga yang ditawarkan terus je angkut walaupun poket aku dah semakin nipis..mujur mak aku yang bantu.hehehe
6. Penjantan tesebut memang unggul..baru lebih kurang seminggu bawak masuk kandang, 'servisnya' memang superb...aku harap ada lah hasil daripada penjantan ni..
7. Namun apa yang aku sakit hati..penjantan asal yang ada di atas kandang yang sebelum ni macam pondan tak mengawan tu dah mula memanjat...mungkin jeles dengan penjantan baru kot...
8. Aku harap dengan ketibaan penjantan baru ni akan menambahkan lagi rezeki aku dalam bidang ternakan ni...insyaallah amin!!!!
