Sunday, February 22, 2009

BANTUAN JPV KELANTAN

1. Pertama sekali aku panjatkan rasa syukur pada Yang Maha Esa sebab masih mampu mencoretkan sedikit sebanyak tentang penternakan ini walaupun tak banyak cerita yang dapat dikongsikan.
2. Setelah menghadapi musim tengkujuh di kawasan Pantai timur pada bulan Nov hingga Feb lalu membuatkan aku hampir terduduk..kawasan tanaman rumput napier aku seluas hampir 1 ekar di tengelami banjir setelah sebulan ditanam.semuanya mati...namun aku tidak cepat mengalah. aku akan memanam semula napier tersebut dalam waktu terdekat memandangkan kambing sentiasa memerlukan rumput napier tersebut. aku juga telah menanam rumput napier seluas 1 ekar di kawasa rumah mentua aku di Kampung Alor Teratai Besut bagi menampung keperluan makan kambing..alhamdulillah napier tersebut hidup subur dan dalam tempoh sebulan lagi boleh dituai hasilnya..
3. Kambing kampung yang terdapat di kandang juga ada sebahagian yang mati..JPV cakap mungkin stress sebab sebelum ini kambing kampung tersebut tidak pernak dikurung. mujur kebanyakan kambing kampung yang mati boleh dikatogerikan sebagai kambing yang 'kurang sihat'..namun kambing kampung yang ada di dalam kandang tersebut telah aku asingkan ke kandang baru yang terletah di atas tanah berpagar untuk mengembalikan ke habitat asal di atas tanah...aku bersyukur kambing kampung tersebut kembali sihat 100%.
4. Pada 23 Februari 09 mak aku call dari kampung memaklumkan pada aku tentang 'Paperwork' yang aku hantar ke JPV Kelantan untuk memohon bantuan baka kambing telah 'diluluskan'...SYUKUR!!walaupun aku memohon bantuan baka sebanyak 70 ekor dan akan memulangakan kembali induk setelah 1 tahun setengah tetapi JPV Kelantan menawarkan kepada kami 70 ekor tetapi bayaran kos kambing tersebut boleh dibuat dalam tempoh tujuh tahun. walaupun JPV Kelantan tidak memberi 'bantuan secara total' tetapi dengan cara sebegitu sekurang-kurangnya dapat meringankan beban penternak baru seperti aku ni..
5. aku rasa setakan ni dulu perkembangan yang dapat aku coretkan...lain kali aku akan update blog ni dari semasa ke semasa...assalamulaikum!!!

0 comments: